BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, August 23, 2010

APA ITU KEMURUNGAN???????

 
Gangguan kemurungan adalah sejenis penyakit mental yang melibatkan badan, perasaan dan fikiran.Ciri-ciri gangguan kemurungan adalah ia bukan bersifat sementara dan bukan sesuatu yang boleh ditamatkan atau dihilangkan dengan serta-merta. Individu yang murung tidak dapat pulih dengan sendiri kecuali dengan bantuan pakar dan ubat-ubatan. Jika kemurungan ini tidak dirawat, ia boleh berpanjangan beberapa bulan ataupun tahun malah ia boleh menyebabkan penyakit fizikal serta meningkatkan risiko membunuh diri.



  • Kemurungan juga merujuk kepada perasaan sedih yang dialami seseorang individu. (Wicks Nelson & Israel,2003)

  • Kemurungan boleh dianggap sebagai suatu (perasaan ,sindrom & penyakit klinikal)(Dacey & amp; Kenny ,1997)
Gangguan kemurungan ( depression ) adalah sejenis penyakit mental yang melibatkan badan, perasaan dan fikiran. Mereka yang mengalami penyakit ini akan berasa sedih atau `kosong` secara berpanjangan serta hilang semangat untuk hidup.(Bil.5/2001, Buletin Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan).


Disediakan oleh

Muhammad Fahmi bin Omar
208648

PUNCA - PUNCA KEMURUNGAN

Masalah kemurungan boleh disebabkan oleh punca dalaman dan luaran.perasaan murung yang berlanjutan boleh membawa kepada akibatyang tidak diingini seperti membunuh diri ataupun penyakit mental yang serius.





PUNCA DALAMAN



Antara punca dalaman yang menyebabkan masalah kemurungan ialah faktor genetik atau keturunan. Masalah kemurungan boleh diwarisi daripada kedu-dua ibu bapa. Tahap kesihatan yang baik memainkan peranan penting dalam menentukan sesebuah keluarga itu mempunyai hormon yang sihat.sekiranya salah seorang daripada ibu bapa kita pernah mengalami masalah kemurungan, besar kemungkinan anak-anak mereka juga akan mengalami masalah yang sama ( perspective on disease and disorder, depression by Jacqueline Langwith,page 19 ) Kebiasaan individu yang mengalami masalah ini akan mengasingkan diri.( Genetic Risk and Familial Transmission of Depression by Liz Forty, Stanley Zammit and Nick Craddock, Department of Psychological Medicine, Cardiff University, page 19),us.

Disediakan oleh
Tuan Rosmazela binti Tuan Man
208644

PUNCA LUARAN

Lazimnya kemurungan juga diakibatkan oleh punca luaran.keadaan persekitaran yang sentiasa berubah menyebabkan individu lebih gemar memencilkan diri. Keadaan sosioekonomi yang tidak menentu menyebabkan tekanan dan kecelaruan fikiran perasaan ini boleh melanda setiap individu dan tidak memgikut kumpulan umur. Kebanyakan individu yang tidak dapat mengawal perasaan, mengambil tindakan untuk tidak bergaul dan hilang keinginan untuk bersosial. Selain itu, individu menghadapi masalah ini akan membiarkan hari -harinya berlalu tanpa melakukan sebarang aktiviti.



Disediakan oleh

Siti Fatimah Nor binti Zainal
208647

TANDA - TANDA KEMURUNGAN



       Terdapat ramai yang beranggapan bahawa kemurungan berpunca darpada kelemahan jiwa malah terdapat pengamal perubatan yang beranggapan kemurungan bukanlah satu isu yang besar. Perasaan sedih yang berkaitan dengan kemurungan adalah tidak sama dengan kesedihan yang biasa. Kesedihan yang biasa akan hilang dalam masa dua atau tiga hari namun individu yang megalami masalah ini, kesedihannya akan berlanjutan melebihi dua minggu.


Disediakan oleh

 Wan Nurul Nasuha binti Wan Hamat
208641

KESAN - KESAN KEMURUNGAN

Fizikal


Perubahan keadan fizikal terjadi apabila individu terbabit mengalami terlalu banyak masalah sehingga menyebabkan mereka tertekan. Contohnya segelintir individu melepaskan masalah yang dialami dengan mengambil makanan dalam kuantiti yang banyak sebagi cara untuk melepaskan masalah sehingga berlakunya masalah kegemukan atau obesiti.tetapi terdapat juga individu yang tidak mempunyai selera makan sehingga menjejaskan kesihatan mereka.


Disediakan oleh


Nuraini binti Ibrahim
208639

Psikologi    




Psikologi memberi kesan terhadap perasaan dan emosi seseorang individu. Jika emosi seseorang itu terganggu maka segala aktiviti yang dilakukan tidak mendatangkan kebaikan kepadanya. Kemurungan boleh menganggu psikologo contohnya individu yang terlalu merendah diri. Mereka berpendapat bahwa mereka tidak sehebat orang lain kerana kurangnya keyakinan diri sehingga mereka sukar untuk bergaul dengan individu yang lain. Kemurungan ini turut berisiko kerana individu yang mengalami kemurungan akan mengambil jalan mudah bagi menyelesaikan masalah dengan membunuh diri atau mencederakan diri sebagai jalan penyelesaian. Hal ini dapat dilihat melalui kes bunuh diri yang terjadi kepada mahasiswa atau mahasiswi yang gagal mendapat keputusan yang baik dalam IPTA.


Disediakan oleh


Norashidah binti Abd Rahman
208655




LANGKAH - LANGKAH MENGATASI

Pemulihan

 
Setelah tanda-tanda penyakit dapat dikawal dengan mengambil ubat secara teratur, satu plan pemulihan yang lengkap dan
komprehensif harus diatur supaya pesakit dapat kembali
berfungsi di dalam masyarakat seperti sediakala. Setiap Jabatan psikiatri di setiap hospital-hospital besar seluruh Negara mempunyai unit pemulihan carakerja dengan kakitangan terlatih bagi membantu anda pulih sepenuhnya dari penyakit anda. Sebahagian daripada pusat-pusat kesihatan sudah dilengkapi dengan unit pemulihan
psikososial di dalam komuniti bagi membantu anda pulih dari penyakit dan mengembalikan keyakinan diri untuk berkerja dan berinteraksi dengan mayarakat.


Kumpulan Sokongan


• KAMI (kumpulan sokongan keluarga Johor)


• MMHA (Persatuan Kesihatan Mental Malaysia-Petaling Jaya)


• Kumpulan-kumpulan Sokongan Kelurga disetiap negeri

Disediakan oleh

Nor Salbiah Hanim binti Mohd Nor
208643

Langkah- lagkah memgatasi yang lain juga boleh diambil.



contohnya :


1. Selalu bersenam
2. Jaga pemakanan
3. Tidur dengan cukup
4. Luangkan masa untuk beristirehat
5. Jadi realistik dan berfikiran terbuka tentang diri sendiri
6. Buat perubahan pada diri sendiri secara beransur - ansur
7. Bincang masalah bersama teman dan saudara
8. Rancang masa dengan baik
9. Tangani perasaan negatif secara berkesan
10. Bentuk keluarga yang harmonis

Disediakan oleh


Siti Fariza binti Abu Bakar
208567

Sunday, August 22, 2010

KESIMPULAN

Lazimnya, kemurungan disebabkan oleh
faktor luaran terutama kehilangan sesuatu
yang mempunyai pengertian yang
mendalam dalam kehidupan kita. Antara
perkara yang boleh menyebabkan kemurungan
ialah gagal dalam pekerjaan atau dibuang
kerja, mengalami kerugian dalam
perniagaan , ditinggalkan oleh orang yang
disayangi atau mengalami kematian orang
yang disayangi. Lebih ramai wanita mengalami perasaan
ini daripada lelaki. Ia sering terdapat di
kalangan mereka dari kumpulan
sosioekonomi yang rendah. Mereka yang
tidak berkahwin lebih besar mengalami
perasaan murung. Perasaan ini boleh
melanda orang dari mana-mana kumpulan
umur. Seterusnya perasaan murung boleh
ditanggung lama oleh seseorang

Disediakan oleh

GANESAN A/L KANNAN                                                                         
 208652